nuffnang

Saturday, October 16, 2010

Hati vs Perasaan?

Hati adalah salah satu daripada organ tubuh badan manusia. 'Ketahuilah bahawa didalam jasad kita terdapat segumpal daging, jika ia adalah baik, maka seluruh jasad menjadi baik tetapi jika ia rosak, maka seluruh jasad akan menjadi rosak, dan segumpal daging itulah yang dinamakan hati' : (HR. Bukhari Muslim).
Sukarnya untuk kita memulihkan perasaan ketika terluka. Namun, luka itu mampu diubati jika kita banyak bersabar dan mencari ketenangan diri. Kita mungkin akan memikirkan 'kenapa' dan 'mengapa' ia berlaku. Dimanakah salah dan silap kita sehingga perkara ini berlaku. Hakikatnya, ia mungkin suatu ujian yang didatangkan kepada kita yang bertujuan memberikan kita lebih banyak peluang untuk berfikir dengan lebih rasional. Janganlah kita memendam perasaan tersebut yang akhirnya akan memakan diri kita sendiri.
Berpeganglah kepada pepatah dimana 'hati serta jiwa yang bersih membawa kepada pemikiran yang positif dan kehidupan yang aman, bahagia serta harmoni'...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...