Setiap makhluk ciptaanNya berhak untuk hidup aman dimuka bumi ini. Mereka juga sama seperti kita, mempunyai naluri dan perasaan. Yang membezakan kita hanyalah akal dan pemikiran. Kadangkala,tanpa kita sedari, kita mungkin pernah mengguris hati dan perasaan mereka dengan kata-kata yang kurang enak untuk didengar. Mereka tidak pernah meminta untuk dijadikan begitu. Janganlah kita terus bersikap membuang mereka dari kalangan kita. Kita tidak mengetahui apakah yang telah dilalui oleh mereka, sepanjang kehidupan mereka sehingga mereka memilih untuk menjadi begitu. Mereka perlulah dilayan dengan cara yang betul. Jangan sesekali kita bersikap kejam dengan meminggirkan mereka.Mungkin hari ini adalah hari dimana mereka memerlukan pertolongan, dorongan dan perhatian dari kita semua. Pernah kita semua terfikir 'apakah yang akan berlaku kepada kita sekiranya kita berada di tempat mereka?'....Sama-samalah kita memikirkannya...
No comments:
Post a Comment