nuffnang

Sunday, October 17, 2010

Cinta Tidak Semestinya Memiliki...

Soal Cinta???adakah kita memahami erti sebenar cinta???Cinta bukanlah sejenis permainan dan bukan untuk dipermainkan serta tidak patut disalahertikan. Ia merupakan satu tautan kasih yang suci antara manusia. Cinta juga tidak semestinya kepada kekasih, tetapi kepada Allah s.w.t, ibu bapa, keluarga, serta sahabat. Cinta kita kepada manusia janganlah melebihi cinta kita terhadap 'Yang Esa' dan ibu bapa...kerana cinta tersebut mungkin akan melalaikan kita.Tidak salah untuk kita bercinta, kerana setiap manusia dan makhluk ciptaanNya berhak untuk menyayangi dan disayangi.Kita tidak dapat lari dari soal cinta...kerana setiap insan seperti kita mempunyai perasaan dan ingin disayangi...Cinta tidak semestinya memiliki tetapi ia perlulah dimiliki...cinta bukanlah satu tiket penerbangan, dimana kita perlu mematuhi setiap syarat penerbangan...ia juga bukanlah untuk meminta tetapi untuk berkorban serta bertolak ansur antara satu sama lain, ia adalah untuk mendengar dan bukan untuk didengar, dan bukan untuk mengukur tetapi untuk mencintai dengan hati yang ikhlas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...