nuffnang

Wednesday, May 4, 2011

Impianku Menjadi seorang Pendidik


Aq bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik. Tidak kira samada tutor, guru kecil atau pensyarah. Tapi itulah angan-anganku yang tidak pernah menjadi kenyataan. Aq percaya kepada qada' dan qada' kenapa seseorang itu di anugerahkan dengan rezeki yang berbeza-beza. Mungkin buat masa sekarang, rezeki aq belum lg tiba untuk menjadi seorang pendidik. Disaat sahabat2 aq yang lain bercerita tentang pengalaman mereka membuat praktikal di sekolah2, aq sering membayangkan bahawa sungguh indah menjadi seorang pendidik. Pendidiklah yang melahirkan anak didik yang terdidik oleh didikan yang sempurna disamping ibu bapa mereka. Jasa yang ditaburkan oleh pendidik tidak dapat dibandingkan dalam apa jua bentuk. Dan kerana pendidiklah, lahirnya Perdana Menteri, Peguam, Doktor, Jurutera dll. Walaupun aq tidak dapat menjadi seorang guru pada zahirnya, aq suka mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada kawan2 yg kurang memahami dengan subjek yang diajar oleh pensyarah. Dan kini, aq mampu merealisasikan harapan aq untuk menjadi seorang pendidik berbekalkan ilmu yang aq faham semasa belajar di dalam kelas. Dan INSYAALLAH, jika ada rezeki aq nt, aq akan menyambung pelajaran dalam bidang pendidik. Amin3x...
-Pendidik, jasamu sentiasa dikenang-

2 comments:

edi_fm32 said...

insyaAllah 1hari nanti aisyah kn jd pendidik bg anak bngsa generasi strusnya..

Syariefah Aesyah said...

Hehe..Insyaallah, cm lari dari bidang asal,Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...