Awak
Selama kita berkawan,
Terlalu banyak perkara gembira yang saya lalui berbanding sedih,
Kita sentiasa berkongsi suka dan duka bersama,
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya selama ini.
Kegembiraan yang kita lalui bagaikan adeq beradeq kembar
yang tidak boleh berpisah walau sesaat,
Sentiasa ke sana ke mari bersama.
Disaat kita gembira berkawan, datang pelbagai dugaan dan ujian
Saya bersyukur walaupun dapat menjadi sahabat awak hanya untuk seketika
Tetapi kini,
Segala-galanya telah berubah
Tidak mungkin akan ada lagi peluang antara kita untuk kembali seperti dulu
Saya hanyalah manusia biasa,
Mempunyai hati dan perasaan sama seperti manusia lain.
Walaupun kadangkala, saya berdiam diri,
Tidak bermakna saya marah,
Tidak bermakna saya setuju,
Dan tidak bermakna saya membantah,
Itulah ragam saya sebagai manusia.
Ingatlah bahawa,
syaitan telah berjanji akan memporak-perandakan
kehidupan anak-anak ADAM,
Ia selalu menghasut kita,
agar hanya melihat kesilapan yang orang lakukan terhadap kita
walaupun tinggi menggunung kebaikan yang pernah ditaburkan sebelum ini.
Bak kata pepatah, kita hanya nampak satu keburukan yang orang lakukan kepada kita
Tetapi, kita tak nampak berjuta kebaikan yang ditabur kepada kita.
Cuma satu yang saya harapkan
Janganlah mudah percaya dengan kata-kata orang
Kadangkala sikap manusia yang iri hati dengan kita
Sanggup melakukan apa sahaja demi melihat persahabatan
yang kita bina berkecai ditengah jalan
Menjadikan kita "TARGET",
Dalam memastikan apa yang diingini tercapai.
Yang Benar,
* _ *
No comments:
Post a Comment